Tinggal Jejak


ShoutMix chat widget

Keajaiban bunga BAKAWALI..

Gambar Bunga Bakawali yang jarang dilihat, hanya kembang tepat 12:00malam selama 3 jam...kang aku nak gi cari bunga ni kt "plant nursery"...jom bertanam2...!!


















Jom makan briyani sampai SEMPUT!!!

Kepada semua pencinta nasi briyani termasuk aku, alangkah seronoknya dapat makan briyani mcm dalam gambar kat bawah ni...wuuu..mesti aku akan makan sampai pecah perut dan itulah kali terakhir aku makan briyani dalam hidup aku...hahaha









Ambil limau nipis dan.......


Mesti korang semua pernah dengar kan pasal limau nipis?bukan setakat dengar, pernah makan dan minum kot mende nie...limau ni sebenarnya jauh lebih sedap dari limau kasturi...limau ini juga kaya dengan pelbagai khasiat...pasal khasiat tu korang baca la kat bawah tu...sebelum tu aku nak share something tentang limau ni...kalau pegi pasar atau kedai2 runcit, beli la limau nipis dalam 2 biji ker, cukup la...balik tu, potong dua limau tu, dan sapu kat kaki...kaki maksudnya area bawah buku lali la...bukan seluruh kaki yer...perah dan tenyeh limau nie kat kaki sehingga kena di semua tempat temasuk kaku2 semua....lepas sapu kedua belah kaki, biarkan selama 15 minit....nak serap la katakan...mungkin akan pedih2 sikit kalau ada luka kt kaki tu...normal la tu, kalau kena asid kt luka mesti pedih kan....lepas 15 minit tu, cuci la kaki tu...kulit akan terasa lembut n kaki nampak fresh...air perahan limau tadi akan membunuh kuman2 dan bakteria yang ada kat kaki tu...kalau anda kerap buat, bersih la kaki anda...selamat mencuba!!hehe


SEDIKIT INFO MENGENAI LIMAU NIPIS...

Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu ketika masih kanak-kanak, kita mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur sembuh bukan?

Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat seimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada wajah.

Limau nipis atau nama botaninya Citrus Aurantifolia, kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenalinya sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya sebagai limah.

Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari saudaranya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola pingpong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.

Rasa masam pada limau nipis dan pada semua jenis limau lainnya, berperanan sebagai pembuang toksik terbesar dibandingkan dengan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh.

Pintu gerbang baloon....

Assalamualaikum...sekian setelah lama lama dan lama...baru hari ni aku login untuk membuat entri...takde la bz sgt pun, tapi cam no idea untuk wat entri...ni pun aku tak tau nak tulis ape sebenarnya...haha...minggu lepas, ader majlis cukur jambul untuk anak buah aku yag baru lahir bulan lepas...so, byk gak ar benda yang aku arrange untuk majlis tu...ake ader tgk 1 kedai nie, wat buat ballon decoration untuk semua event, ayah aku yg suggest kedai nie actually...aku pun gi la usha2 n tgk album2 deco kat kdai tu...aku berkenan dgn satu deco ni..."Ballon Arch"...biler sembang2 pasal harga semua dgn Miss Khor[Owner kedai tu], aku pun bayar deposit untuk pasang mende tu...Rm 250 sahaja...mula2 pk gak, elok tak ballon arch ni...then pas dia dtg fix, mmg lawa ar, nampak grand skit dan tkder la kosong sgt...nie la Ballon arch yang dia fiX..kedai dia deret kat sebelah sekolah Hua Lian Menengah Taiping...boleh ar korang gi cari kalau nak buat ballon deco... =]]




aku la tu yg sebuk ngah bentang karpet...hehe



Tibe2 Miss Khor tu berbaik hati pulak bagi aku beberapa free gift....nie la free gift yang aku dapat...


Free gift[yg dibulatkan]...


nie link page dia kat Fb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...