Tinggal Jejak


ShoutMix chat widget

BESTNYA publisiti di Facebook...


Banyak faedah sebenarnya Facebook ni kalau digunakan dengan betul...Tapi ramailah sangat kat luar sana yang menyalahgunakan faedah facebook sebenarnya. memang la betul kalau anda mengeluarkan ayat "Profile aku, suka hati aku lah, mak bapak aku pun tak cakap apa-apa, kamu siapa???"..Tetapi sebagai seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran perlu berfikir mengikut mana yang betul untuk diri dan agama kamu.



Terdapat beberapa golongan yang menyalahgunakan Facebook. Diantaranya ialah :


1. Sudah tentulah wanita-wanita kat luar sana yang meletakkan gambar-gambar comel mereka. Letak gambar tanpa tudung dan tulis caption, muka penat baru balik kerja...Gambar tanpa "baju", caption dia "hari yang panas"...opsss....maksud saya baju yang seksisss....ada pulak yg letak gmbar dengan Boifee, padahal baru berkenalan dengan lelaki tersebut minggu lepas....gambar pula bukan main lagi, laga-laga pipi la, laga-laga bahu....wah semangatnya korang menyemarakkan api neraka...

2. Satu lagi golongan yang best ialah mereka-mereka yang suka post 24 status dalam sehari. dari baju dalam sampai warna "shitttt" pun mereka akan cerita kat wall mereka...Bestnya bila berkawan dengan orang-orang macamni dalam facebook. Status dah la macam tu, bahasa yang mereka guna tu, lagi best...contohnya KE jadi KEW, MANA jadi MANEW, SUKA jadi CUKE...dan macam-macam lagi...saya geli nak type sebenarnya. Terasa nk lempang laju-laju sape yang suka guna bahasa macam ni...

3. Golongan lain seperti, mereka yang suka sangat berdoa-doa dalam facebook. Sumpah saya tak faham kenapa golongan ni suka berdoa dalam facebook, mereka boleh contact Allah s.w.t dalam facebook ke?
Bukannya susah pun, tadah tangan dan doa sendiri minta ape yang nak diminta..kan senang, tak sampai 5 minit pun...Contohnya Ya Allah Ya tuhan ku, aku berserah padamu, tunjukkan la jalan yang betul untuk aku, tunjukkan la yang  mana satu jodoh aku dalam facebook ni...saya terasa nk gelak biler bace status-status macam ini...

4. Setakat aku tengok, ramai pasangan-pasangan yang dah kahwin, suka bermesra lebih-lebih meluahkan cinta mereka di wall post...perlukah ini???padahal duduk 1 rumah, 1 bilik, sempat jer mereka buat kerja-kerja macam ni...kalau ye pun pasangan anda berada jauh dari anda, susah sangat ke nak mesej dia..bermesralah dalam mesej, takda siapa nak ganggu mesra anda..bila bermesa di wall pasangan anda, niat anda sudah ridak betul, anda sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk cinta anda kepada orang ramai...anda tahu ke apa respon orang-orang bila membaca comment-comment anda?kata-kata mereka akan jadi doa kepada "cinta" anda itu...Contoh respon "ngada-ngadanya mereka berdua ni, tahu la laki bini, tak lama lagi bercerailah tu"..friendlist pulak ader 5 ribu orang...memang best la, lagi cepat termakbul doa-doa mereka...sekian...!!

0 scratches:

Post a Comment

time kaseh sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...