Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.
Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.
Nilai Nutrisi setiap 100 g durian
* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144
2 scratches:
Info: seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya.
wah gud addtional info...tengs bro...balik nie aku sebarkan info ini kepada sape2 yg ngandung k... =]]
Post a Comment
time kaseh sudi komen...