Tinggal Jejak


ShoutMix chat widget

Nur "Juaikan" bt Ahmad "tingkandiri"...





Dalam diri setiap manusia, ader baik dan buruknya...memang kita tahu, semua manusia tak perfect, jadi mungkin dalam diri anda pun ada sifat yang tak berapa nak ok, walaupun korang dah rasa diri anda perfect...bukan nak kata korang jahat dan aku ni baik ok...dalam diri aku pun ader je banyak benda yang tak baik, contohnya perangai sambil lewa, kuat tidur, dan etc....tapi setakat ni aku tak penah ader sifat yang luar biasa seperti pentingkan diri sehinggakan menyusahkan orang lain...aku pun tk faham kenapa, ramai manusia yang begitu "selfish" sehingga tk pedulikan perasaan dan kepentingan orang lain, walaupun salah 100% atas si selfish ini, tapi sanggup kenakan orang yang tak bersalah ini untuk menyelamatkan diri...baru-baru ini, aku terjumpa seorang manusia yang sespises dengan spesis ini...aku malas nak cerita insiden bodoh yang berlaku, tapi aku nak mengingatkan sesama kita yang jang terlalu mempercayakan seseorang itu...biarlah dia baik mana pun, biar ader 1 perasaan berhati-hati terhadap orang itu....semakin baik seseorang itu dengan kita, semakin hati-hatilah anda...melainkan anda memang betul-betul yakin dan mengenali orang itu dengan baik...

BESTNYA publisiti di Facebook...


Banyak faedah sebenarnya Facebook ni kalau digunakan dengan betul...Tapi ramailah sangat kat luar sana yang menyalahgunakan faedah facebook sebenarnya. memang la betul kalau anda mengeluarkan ayat "Profile aku, suka hati aku lah, mak bapak aku pun tak cakap apa-apa, kamu siapa???"..Tetapi sebagai seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran perlu berfikir mengikut mana yang betul untuk diri dan agama kamu.



Terdapat beberapa golongan yang menyalahgunakan Facebook. Diantaranya ialah :


1. Sudah tentulah wanita-wanita kat luar sana yang meletakkan gambar-gambar comel mereka. Letak gambar tanpa tudung dan tulis caption, muka penat baru balik kerja...Gambar tanpa "baju", caption dia "hari yang panas"...opsss....maksud saya baju yang seksisss....ada pulak yg letak gmbar dengan Boifee, padahal baru berkenalan dengan lelaki tersebut minggu lepas....gambar pula bukan main lagi, laga-laga pipi la, laga-laga bahu....wah semangatnya korang menyemarakkan api neraka...

2. Satu lagi golongan yang best ialah mereka-mereka yang suka post 24 status dalam sehari. dari baju dalam sampai warna "shitttt" pun mereka akan cerita kat wall mereka...Bestnya bila berkawan dengan orang-orang macamni dalam facebook. Status dah la macam tu, bahasa yang mereka guna tu, lagi best...contohnya KE jadi KEW, MANA jadi MANEW, SUKA jadi CUKE...dan macam-macam lagi...saya geli nak type sebenarnya. Terasa nk lempang laju-laju sape yang suka guna bahasa macam ni...

3. Golongan lain seperti, mereka yang suka sangat berdoa-doa dalam facebook. Sumpah saya tak faham kenapa golongan ni suka berdoa dalam facebook, mereka boleh contact Allah s.w.t dalam facebook ke?
Bukannya susah pun, tadah tangan dan doa sendiri minta ape yang nak diminta..kan senang, tak sampai 5 minit pun...Contohnya Ya Allah Ya tuhan ku, aku berserah padamu, tunjukkan la jalan yang betul untuk aku, tunjukkan la yang  mana satu jodoh aku dalam facebook ni...saya terasa nk gelak biler bace status-status macam ini...

4. Setakat aku tengok, ramai pasangan-pasangan yang dah kahwin, suka bermesra lebih-lebih meluahkan cinta mereka di wall post...perlukah ini???padahal duduk 1 rumah, 1 bilik, sempat jer mereka buat kerja-kerja macam ni...kalau ye pun pasangan anda berada jauh dari anda, susah sangat ke nak mesej dia..bermesralah dalam mesej, takda siapa nak ganggu mesra anda..bila bermesa di wall pasangan anda, niat anda sudah ridak betul, anda sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk cinta anda kepada orang ramai...anda tahu ke apa respon orang-orang bila membaca comment-comment anda?kata-kata mereka akan jadi doa kepada "cinta" anda itu...Contoh respon "ngada-ngadanya mereka berdua ni, tahu la laki bini, tak lama lagi bercerailah tu"..friendlist pulak ader 5 ribu orang...memang best la, lagi cepat termakbul doa-doa mereka...sekian...!!

Permainan telefon berkarat...




Setelah berkurun tk mengupdate entry diblog aku ni, hari ni aku nak cerita sikit tentang permainan telefon berkarat...mesti semua orang tau kan apa itu permainan "telefon berkarat"...satu permainan dimana, murid atau satu kumpulan makhluk berada dalam bulatan atau barisan yang memanjang..seterusnya orang yang paling belakang dalam group tu akan diberikan teks untuk dihafal...teks tesebut selalunya berbunyi sama pada hujung setiap ayat, jadi agak susah nak ingat dan potensi untuk tertukar sangatlah tinggi...ni contoh2 ayat untuk permainan telefon berkarat ni...

1. Jijah jalan2, jijah jumpa jepun, jijah jerit "jepun jahat", jijah jatuh....

2. Ahmad budak petah, ibunya bernama bedah, ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah.

3. Pak jang dan mak jang pindah ke kampung panjang, mereka tinggal di rumah panjang, mereka suka menanam kacang panjang, anak mereka suka telanjang...


ada banyak lagi ayat yang aku buat time permainan telefon berkarat minggu lepas time kem kepimpinan pengawas, tapi ni di antara yang terbaik...

ok kita sambung balik cite tentang permainan ni...setelah orang last hafal teks yang diberikan, teks itu akan diambil dan orang tersebut akan bisik apa yang telah dibace dalam teks tadi...seterusnya orang yang terima maklumat itu akan berbisik ke telingan orang di hadapan pula dan seterusnya sampai la orang paling di hadapan...orang yang paling dihadapan pula akan tulis maklumat yang diterima itu...kon maklumat yang dapat itu akan jauh terpesong daripada yang asal...selalunya akan menjadi lawak apabila kita membacanya...seperti yang jadi minggu lepas pada saya, ayat numb 2 itu akhirnya menjadi "AHMAD BUAT KOTAK, IBUNYA BERNAMA ENDAH, AHMAD BUAT ENDAH, AKHIRNYA TERIMA DADAH"
ayat pertama pula menjadi "JIJAH JALAN-JALAN, JIJAH JUMPA NINJA"....hahaha

sesiapa yang tak pernah main game ni, cube la yer...motif game ni untuk menyedarkan budak2 bahawa "kita perlu menyampaikan sesuatu maklumat dengan betul dan tepat supaya tidak menimbulkan kekeliruan atau menjadi fitnah...sekian =]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...