Tinggal Jejak


ShoutMix chat widget

Hebat tul BANGSA kita...


Blog budak tingkatan tiga punya header....ni la dikatakan cinta "sejati"....cium bf dalam pakaian sekolah pulak tu....hahaha...nazy faiezz forver tu...mmg romeo and juliet la korang...

Taiping!! im coming.....


Aku balik kampung esok...yeay!!tak bape nak kampung la...bandar taiping, the best bandar forever =]








Lembu pun gi GYM ok!!

Jom kita tengok hasil usaha mereka gi gym tiap-hari...haha..anda berkenan Cik Moo yang mana satu?













Kriteria memilih pasangan hidup...






CIRI-CIRI ISTERI PILIHAN...

1. Nak pandai=Cari isteri cikgu
2. Nak sihat=Cari isteri doctor
3. Nak kaya=Cari isteri anak tan sri
4. Nak glamour=Cari isteri artis
5. Nak gaduh=Cari isteri samseng
6. Nak sembang=Cari isteri penceramah
7. Nak alim=Cari isteri uztazah8
8. Nak gemuk=Cari isteri chef
9. Nak stylo=Cari isteri designer
10. NAK MAMPUS=Cari isteri muda yg 1 opis dengan isteri tua..haha




CIRI-CIRI PILIHAN BAKAL SUAMI...

1. Jgn cari bf yg main bola sebab dia akan sepak anda.
2. Jgn cari bf yg main badminton sebab dia akan pukul anda.
3. Jgn cari bf yg main volley ball sebab dia akan tampar anda.
4. Jgn cari bf yg main takraw sebab dia akan lipat anda.
5. Tapi cari lah bf yg main RAGBI sebab dia akan peluk dan sentiasa lindungi anda hingga ke akhir...hehe


SELAMAT MEMILIH!!!MUAHAHAHA...

Sedapnyaaa roti jala...


Aku ni memang suka roti jala...tambah-tambah bila kari ayam dia kaw..slurrpppp...tapi setakat yang aku beli kt bazar ramadhan kampung raja ni, tak jumpa yang betul-betul sedap sehingga menjilat pinggan...aku jilat sudu je...









Segmen jom kenal dan tambah rakan blogger



- Nama panggilan Blogger : Alfieeano.blogspot
- Tarikh mula berblog : Ogos 2010 dah buat blog tapi May 2011 baru wat first entry...haha
- Rakan blogger terkini : 58
- Target tambah rakan blogger : 12 orang

Segmen:Rilek Sebentar Mau Promote Blog..



SAYA LAPAR NGIDAM NAK MAKAN ROTI JALA DAN AIR TEBU....ngam2 10 perkataan dah entri ni...haha

Istana Biru Nak Berkenalan...





Assalam...walaupun tarikh segmen nie dah tutup, tapi aku still nak masuk gak sebab saya bosan...taktau nak buat ape la...hope istana biru tk kisah yer...huhu

Sebenarnya saya ngah senyum ni sambil type =]]]] ...kan syarat segmen nie kena senyum dan ikhlas...

Nama saya Alfieean Warsi Khan...maksud nama ni sebenarnya saya dah lupa...dulu2 ingat la...skang nie saya dah kena penyakit short memory lost cam dalam citer2 hollywood tu...haha...kawan2 kat campus nie panggil "sim" jer....sebab ada sejarah hitam disebalik nama sim tu..hitam betul ok, bukan blue black...

Saya asal dari perak...adik beradik 436 orang....banyak tak??haaa...tekejut korang...saya sayang keluarga saya...heee...walaupun saya tak mampu nak ingat setiap nama adk bradik saya sebab byk sangat, saya tetap syg mereka....ayah saya bekerja sebagai pengangkut bongkah2 emas dari bwh sampai ke tingkat paling ats Eiffel Tower...angkat guna guni jer...ayah saya mmh kuat...mak saya pun keje gak yer...mak saya kerja memecahkan gunung sedikit demi sedikt dgn menggunakan tukul plastik yang budak2 main tu...walaupun sedikit demi sedikit, lama2 mesti habis pecah gak kan 1 gunung...biasa la, mak saya berjiwa kental...hahaha

Saya dibesarkan didalam perut mak saya lebih kurang sembilan bulan, pastu dibesarkan di luar perut pulak....time baby dulu saya minum susu, pastu saya minum kickapoo sahaja sampai la sekarang...

Tanpa bercerita panjang, saya nk cerita tentang sifat buruk saya, saya ni suka bersedekah...bila gi pasar malam atau terlihat org meminta sedekah, saya mesti masuk duit walaupun duit biru je...tu yang mampu...sifat buruk lain, saya suka tolong sesiapa yang memerlukan pertolongan setakat yang saya mampu nak tolong...

Sifat baik saya pulak, saya nie kuat tido...tk kire bape jam pun dalam sehari, saya akan tido sampai la org datang gerak saya....sekarang ni kan bulan pose, jadi saya tepaksa bangun untuk berbuka walaupun ngah ngantuk sebenarnya...haha...satu lg sifat baik saya, saya suka berjaga malam...dah siang tido cam hantu, mana la nak tido malam kan...hahaha...

Sajer jer merapu2 dalam entri ats ni...klw trasa nk gelak gelak la, klw tknk gelak pun tkpe...tp jgn marah...nti kena jual...salam tc





Keajaiban bunga BAKAWALI..

Gambar Bunga Bakawali yang jarang dilihat, hanya kembang tepat 12:00malam selama 3 jam...kang aku nak gi cari bunga ni kt "plant nursery"...jom bertanam2...!!


















Jom makan briyani sampai SEMPUT!!!

Kepada semua pencinta nasi briyani termasuk aku, alangkah seronoknya dapat makan briyani mcm dalam gambar kat bawah ni...wuuu..mesti aku akan makan sampai pecah perut dan itulah kali terakhir aku makan briyani dalam hidup aku...hahaha









Ambil limau nipis dan.......


Mesti korang semua pernah dengar kan pasal limau nipis?bukan setakat dengar, pernah makan dan minum kot mende nie...limau ni sebenarnya jauh lebih sedap dari limau kasturi...limau ini juga kaya dengan pelbagai khasiat...pasal khasiat tu korang baca la kat bawah tu...sebelum tu aku nak share something tentang limau ni...kalau pegi pasar atau kedai2 runcit, beli la limau nipis dalam 2 biji ker, cukup la...balik tu, potong dua limau tu, dan sapu kat kaki...kaki maksudnya area bawah buku lali la...bukan seluruh kaki yer...perah dan tenyeh limau nie kat kaki sehingga kena di semua tempat temasuk kaku2 semua....lepas sapu kedua belah kaki, biarkan selama 15 minit....nak serap la katakan...mungkin akan pedih2 sikit kalau ada luka kt kaki tu...normal la tu, kalau kena asid kt luka mesti pedih kan....lepas 15 minit tu, cuci la kaki tu...kulit akan terasa lembut n kaki nampak fresh...air perahan limau tadi akan membunuh kuman2 dan bakteria yang ada kat kaki tu...kalau anda kerap buat, bersih la kaki anda...selamat mencuba!!hehe


SEDIKIT INFO MENGENAI LIMAU NIPIS...

Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu ketika masih kanak-kanak, kita mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur sembuh bukan?

Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat seimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada wajah.

Limau nipis atau nama botaninya Citrus Aurantifolia, kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenalinya sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya sebagai limah.

Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari saudaranya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola pingpong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.

Rasa masam pada limau nipis dan pada semua jenis limau lainnya, berperanan sebagai pembuang toksik terbesar dibandingkan dengan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh.

Pintu gerbang baloon....

Assalamualaikum...sekian setelah lama lama dan lama...baru hari ni aku login untuk membuat entri...takde la bz sgt pun, tapi cam no idea untuk wat entri...ni pun aku tak tau nak tulis ape sebenarnya...haha...minggu lepas, ader majlis cukur jambul untuk anak buah aku yag baru lahir bulan lepas...so, byk gak ar benda yang aku arrange untuk majlis tu...ake ader tgk 1 kedai nie, wat buat ballon decoration untuk semua event, ayah aku yg suggest kedai nie actually...aku pun gi la usha2 n tgk album2 deco kat kdai tu...aku berkenan dgn satu deco ni..."Ballon Arch"...biler sembang2 pasal harga semua dgn Miss Khor[Owner kedai tu], aku pun bayar deposit untuk pasang mende tu...Rm 250 sahaja...mula2 pk gak, elok tak ballon arch ni...then pas dia dtg fix, mmg lawa ar, nampak grand skit dan tkder la kosong sgt...nie la Ballon arch yang dia fiX..kedai dia deret kat sebelah sekolah Hua Lian Menengah Taiping...boleh ar korang gi cari kalau nak buat ballon deco... =]]




aku la tu yg sebuk ngah bentang karpet...hehe



Tibe2 Miss Khor tu berbaik hati pulak bagi aku beberapa free gift....nie la free gift yang aku dapat...


Free gift[yg dibulatkan]...


nie link page dia kat Fb

Perjalanan pulang...

Sempat pulak aku snap gambar time drive balik dari perak semalam....hujan lebat ketika itu membuatkan mood aku betambah sejuk...hehe..sepanjang jalan ni, pemandangan dia indah, tambah2 selepas hujan..TETAPI rupa tk seindah jalan...haha...jalan ni sangat2 la bahaya kalau tk berhati2...tp hati-hati pun kalau nak kena, tetap kena[ayat kawan aku]..agak betul disitu...jadi hati-hati2 la kalau balik ikut jalan ni...selalu sangat ader kemalangan kat jalan ni...ingat couple dan parents anda..




Dhobi Ghat...


Malam semalam disebabkan aku teramat bosan, aku layan la cerita hindi "Dhobi Ghat", act aku dah lama download cerita ni, tp semalam baru tergerak nak tengok. Hero dia Incik Amir Khan, best gak ar dia belakon, dalam cite yg meletup sebelum nie seperti Ishaan, 3 idiots etc...citer dhobi ghat ni merupakan satu filem realiti, sebenarnya aku suka layan citer2 realiti ni...citer nie lebih kurang mcm cite Slumdog Milionare gak...kehidupan di Mumbai India..kalau anda seorang peminat cerita realiti, u should watch it...cite nie agak slow tp tak bosan...satu lg, citer nie director dia Incik Amir Khan sendiri...hehe


Durian atau durio??


Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.





Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144




Pasar Pagi Kuala Besut....

Pagi tadi time pergi pasa Kuala Besut, sempat lah saya snap beberapa gambar suasana di sana...idea kawan aku sebenarnya suruh snap gambar...pasar nie memang best..macam-macam ada..agak penat la berjalan, tapi mmg puas hati..pagi tadi aku beli kain, aku makan sosej pulut ayam, memang sedap mende tu...






Kemalangan hadapan SK Beting Lintang


Petang semalam time pergi sekolah untuk latihan sukan, terlihat aku kemalangan ni....lori minyak CASTROL terbalik kat selekoh depan sekolah...nasib baik driver dia cedera ringan sahaja...orang-orang kampung best la dapat "pow" minyak castrol free buat stok untuk kereta untuk beberapa tahun...memandulah dengan berhati-hati, ingat "minyak sekarang dah mahal"...hahaha... *takder kaitan

Mana suami?mana anak-anak saya?

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinyatercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

Gempa Bumi di Malaysia....









KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Aku mau join contest 2 in 1...


Aku dengan rela hatinya mengisytiharkan diriku sebagai pengambil bahagian dalam contest 2 dalam 1 yang dianjurkan oleh Blog Syurga Itu Indah dan Blog A Geekz Life dengan harapan aku dapat memenangi hadiah2 yang disediakan....harap mereka berbaok hati mendermakan toyota vios jikalau saya memenagi pertandingan tersebut...

saya juga tag MR rushD dan Mr photographer untuk menyertai this contest...

Kemalangan di depan SEK MEN HAMZAH DUA MACHANG KELANTAN...


Pagi tadi aku tertengok video nie kat FB kawan aku...aku ingat video kemalangan yang biasa2 je...buka tgk tudiaaaaaaaaa!!!!aku rasa eksiden nie the most wosrt eksiden yang aku penah tgk...aku pun tk pasti berapa kenderaan yang terlibat...ada satu kete sini, jip satu sana, ada satu kete ape ntah dah remuk giler...mayat bergelimpangan ats jalan raya, mcm ngeri giler kot...yang paling sedih, salah satu dpd semua mangsa2 nie[yg dah meninggal kot] sorang nie still gerak2 lagi...nape semua orang kt sana mcm taknk tolong....aku sngat2 sedih tgk, bayangkan kalau kita yang kat tempat tu atau adik beradik kita...dah meraung kot angkat bawak gi hospital...pape pun, bwk la kete dengan berhemah, ingt la yg malang tak berbau...kalau ada gak yg dapat bau, kire terer la dia tu...huhu..lets watch this video =]]]]


Kalau saya Doremon what will i do!!



Setelah sekian lama aku tak buka belog, arini baru nak munculkan diri dengan entry baru daku...act entri ni untuk contetst belog Miss Atiqah...takder keje, so aku merapu la...

Jika aku doremon, benda pertama yang aku nak buat adalah nak bawak keluar alat baiki jalan raya. pastu aku nak gi repair jalan raya dari kawasan tanah merah sampai ke sempadan perak. Baru2 nie aku balik kampung, sangat la teruk keadaan jalan raya, pastu minggu seterusnya aku balik lagi perak, jalan tak repair2 gak...Adoi2... JKR kelantan ngah berehat sepanjang masa so aku la yang kena repair....

Perkara yang kedua yang aku nak buat kalau aku doremon ialah, aku nak cipta alat untuk membuatkan seseorang tu tk sedar kejap, sebab aku nak guna alat tu kat pak gad campus mat misai tu...aku nak belasah dia tp tknk dia tau aku sape...aku nak balas dendam yang setimpal dengan kekerekkan beliau itu...hahaha...i hate u pak gad.....!!!

Perkara ketiga aku nak buat klw aku doremon ialah aku nak cipta mesin untuk klon duit, aku nak pinjam duit RM100 sekeping dan klon sebanyak yang boleh...tau untk ape??mesti la untuk derma kat orang2 susah...ye ke tak aku nak derma kan, tgk2 pas dapat tu aku dah ada kat F.O.S borong tshirt...hahaha...tapi masuk la seringgit dua dalam tabung yang selalu ada kat kaunter tu...hahaha...tak guna tol kan, td ye2 je cakap nak derma...hahaha...

Ok perkara ke 4 is aku nak pergi ke zaman2 moyang aku punya moyang...hahaha...ntah2 aku dah tak kenal pun kan pas gi sana...tp ada aku kisah...aku nak gi gak...aku nak snap gambar keturunan aku smpai 10 lapisan....pastu aku nak masuk masuk tv dalam rancangan books of record....heee...

Aku aku rasa aku dah merapu byk benda duk bilik guru nie...aku taktau nak tulis ape, so merapu jer keje aku...layan jer la walaupun agak merapu...tapi merapu aku nie takder la merapu sangat walaupun ayat dia mcm merapu sikit....jap lg ada mesyuarat, mcm merapu jer nak ader mesyuarat2 nie smua....mesti nanti Guru besar akan merapu gak....aku rasa merapu aku dah lebih tahap merapu normal, so sebelum aku merapu dengan benda yang lebih merapu lagi, baik aku mengCHOWkan diri...Salam

P/S : Tengs to en MOhd BuRn atas motivasi beliau...

Sakit Sakit Sakit!!


Ingat nasihat mak, jangan sekali2 tunjukkan yang kita nie beruang...


Assalamualaikum dan gud evening to evryone...selepas sibuk beberapa hari, malam nie baru aku dapat masa untuk buat entry...perasan tak anda cuaca malaysia sudah berubah...sejak starting january hari tu, cuaca dah tk menentu...asyik hujan tak henti-henti...pastu asyik hujan malam je...pastu plak setiap hari tepat kul 8 malam jer mesti hujan turun[tipu jer]...hahaha...kesan daripada cuaca tak menentu nie, kita pun berubah menjadi penyanyi rock mesia...klw semua org nak jadi penyanyi rock, ape nasib Ratu Rock kita Cik Ella...kang tak berasap dapur Cik Ella...sampai camtu sekali tu...hahaha...skang nie sangat2 ramai yg sakit tekak...selsema lg ramai, kat ostel aku ni stiap 5 minit msti dgr org bersin...klw tak dgr, aku berani potong kuku aku...pastu, batuk..nie takyah cakap la...tgh2 malam pun aku ada dgr...paling kronik pula, mereka yang kena pakej semua sakit yang aku sebut td dgn demam sekali...sangat la tk best time2 demam nie...takde selera nak makan, asyek kena pakai sweater jer, kipas pun pasang numb 2 jer...kenapa semua ini berlaku??sebab cuaca kita tak bape nak ok skang nie...time2 camnie la farmasi and klinik menjadi kaya...kita semua kena ubah gaya hidup...kenape?tak pecaye?[ala2 iklan bank kat tv tu]...so, jom ubah gaya hidup...


Tips menjaga kesihatan...
1.Banyakkan minum air masak...8 gelas sehari...lg byk lagi bagus...
2.Untuk ellakkan badan panas, makan benda2 sejuk seperti soya, air kelapa, agar-agar, klw boleh minum la laici kang[pakej terus]...
3.Elakkan minum ais...gantikan dengan air suam atau air masak pun tkpe...
4.Amik suppliment vitamin C..
5.Kalau anda terlebih rajin, time lalu kat peti ais, amik sebiji carrot@tomato@ape buahan2 mkn jer cmtu...sayuran tu kan zat dia lagi byk kalau mentah...
6.Jangan mandi malam...dan tido dalam Aircond...


LIHAT LA HASIL DARIPADA AMALKAN TIPS-TIPS DIATAS...



Sebelum...

Semasa...

Selepas...

Anda mesti takleh nak pecaya kan...tapi ini lah hakikatnya...selamat mencuba..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...