Tinggal Jejak


ShoutMix chat widget

MENIPU!! Kau seorang PENIPU...

Assalamualaikum dan selamat malam...sebenarnya pening kepala aku fikir tentang kuliah esok...aku terasa sangatlah malas untuk pergi kuliah esok...ok sebelum itu, aku nak share sikit pasal topik muncul dalam kepala otak aku dari petang tadi...kenapa orang suka menipu??adakah itu merupakan tabiat mereka atau amalan mereka?padahal sama je dua benda tu kan...huhu...sebernya aku nak tanya menipu ni merupakan amalan atau hobi seseorang itu...selalunya si penipu ini menipu untuk kepentingan sendiri...tapi apa kepentingan dia sebenarnya...haaa, yang tu kita tak tahu...[ayat dalam cerita los n faun]...semua orang mesti ada pengalaman kena tipu kan dalam hidup, cuma situasi je yang berbeza, ada yang kena tipu dengan sangat-sangat teruk, dan ada yang kena tipu bodoh-bodoh, dan ada yang kena tipu tanpa sebab...tapi kalau menipu bab-bab duit tu, kire penipu yang kronik la sebab dah makan duit tak halal...senang jer nak tipu bab duit kan, tapi cube bayangkan keadaan mangsa penipuan duit tu...kalau kita kat tempat mangsa tu, mesti dah sumpah macam2 and rasa macam nak bunuh je kan org tu...dalam hidup aku, yang paling best, aku kena tipu dengan sahabat baik aku zaman-zaman sekolah dulu...aku pun tak pasti camne aku boleh berkawan dengan penipu camtu...mungkin aku tk pandai nilai orang la kot...maklum la time-time sekolah kan...



Dari segi etika seorang manusia, jom kita tengok kenapa orang suka menipu orang lain...

Jawapan:-

1.Sudah menjadi tabiatnya begitu, tidak takut balasan buruk, seolah-olah tiada Tuhan memerhati kelakuannya.


2. Rohaninya berpenyakit dan sukar untuk mengatasinya.


3.Terimalah inilah hakikat kehidupan yang dipenuhi dengan intipati suka duka, pahit maung dan bersedialah untuk mengharungi setiap karenah kehidupan manusia. Kita hanya diminta berwaspada dan berjaga-jaga. Jika anda berkuasa atau berdaya bercakap berterus terang akan perbuatannya itu atau laporkan kepada pihak berkuasa, jika kes itu dianggap jenayah atau berat.


4.Untuk melindungi kesalahan atau kesilapan orang lain atau yang dikasihi atau yang disayangi.


5.Fikirannya tidak stabil dan menunjukkan peribadi sering menghadapi masalah, walaupun kedapatan alasan yang diberi itu tidak munasabah dan tidak masuk akal atau logik. Manusia jenis ini hidup berpura-pura dan hipokrit.


6.Jalan mudah untuk memperolehi sesuatu dengan singkat atau kepuasan diri atau mencapai impian dalam kehidupan.


7.Orang yang suka menipu orang lain adalah bukti menunjukkan orang itu dangkal fikiran dan menzahirkan kebodohan sendiri terserlah.


Kesan atau implikasi ditipu

1. Diri teraniaya, disakiti dan sukar untuk mempercayai orang itu semula.


2. Jika melibatkan perniagaan atau kewangan, maka akan rugi atau hilang harta sekelip mata.


3. Jika pemimpin menipu rakyat, rakyat mungkin berfikir untuk mengundi pemimpin lain atau tidak minat mengundi, kerana menganggap tiada gunanya memilih pemimpin kerana sukar untuk mencari orang yang jujur di dunia ini.


4. Sukar untuk mempercayai sesiapa lagi, apatah lagi yang akhirnya mungkin akan menyangkut persoalan undang-undang.


Jadi...kesimpulan yang kita boleh buat tentang penipu ni, jangan mudah percaya manusia sebelum mengenali dia betul-betul...bukan maksudnya seorang orang jahat, tp dah manusia kan, mesti ada pelbagai ragam...kenali dulu sebelum terkena...sentiasa berwaspada dan berikhtiar daripada kena tipu... JANGAN MUDAH DIPUJUK DAN DIRAYU...!!



3 scratches:

incik burn:terima kasih...yup jgn tertipu even orang yang paling "terdekat" pun...

 

sabar encik. bawak mengucap. hehehe.
btw nice entry.
orang camni memang ada kat mana2.
sabar jela.

 

Post a Comment

time kaseh sudi komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...